[Gambar + Video] Jenazah Wabak COVID-19 Selamat Dikebumikan di Johor Bahru.

[Gambar + Video] Jenazah Wabak COVID-19 Selamat Dikebumikan di Johor Bahru | Jenazah mangsa wabak COVID-19 yang meninggal di Hospital Sultanah Aminah (HSA) tengah hari Selasa selamat dikebumikan kira kira pukul 9 malam tadi di tanah perkuburan Islam di Johor Bahru.


Jenazah lelaki berusia 34 tahun itu tiba di tanah perkuburan pukul 8.15 malam pada Selasa.

Hasil tinjauan mendapati kira kira 10 petugas dipercayai kakitangan hospital dilihat lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) ketika urusan jenazah dilakukan.

Isteri dan anak allahyarham tidak dibenarkan terlibat dalam pengurusan pengebumian itu kerana masih lagi dikuarantin di Hospital Permai, di sini.

Pengamal media yang hadir juga tidak dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan dan diminta menjarakkan diri pada kedudukan 50 meter.










[Gambar + Video] Jenazah Wabak COVID-19 Selamat Dikebumikan di Johor Bahru. [Gambar + Video] Jenazah Wabak COVID-19 Selamat Dikebumikan di Johor Bahru. Reviewed by tkay on Wednesday, March 18, 2020 Rating: 5

No comments