Topeng Muka Harga Yahudi?? Laporkan Ke KPNKHEP [Senarai Harga Sepatutnya Di Sini]

Topeng Muka Harga Yahudi?? Laporkan Ke KPNKHEP [Senarai Harga Sepatutnya Ada Di Sini] | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP ) menegaskan akan membuat tindakan tegas terhadap mana-mana pihak (peniaga) yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga topeng muka secara tidak munasabah di dalam situasi orang ramai memakainya sebagai langkah keselamatan dan pencegahan dari wabak Novel Coronovirus ( 2019-nCoV) di negara ini. Tindakan tegas ini adalah melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Topeng Muka Harga Yahudi Laporkan Ke KPNKHEP [Senarai Harga Sepatutnya Ada Di Sini]

5 JENIS TOPENG MUKA BERSERTA HARGA KAWALAN

Sehubungan itu, perlu diketahui bahawa lima ( 5 ) jenis topeng muka yang telah ditetapkan sebagai barangan harga terkawal adalah seperti berikut:

(i) Topeng muka (pembedahan/perubatan) 1 lapisan (gelung telinga)
Harga Borong RM 5.00 sekotak , Harga Runcit RM 7.00 sekotak

(ii) Topeng muka (pembedahan/perubatan) 2 lapisan ( gelung telinga)
Harga Borong RM 8.00 sekotak , Harga Runcit RM 10.00 dan RM0.20 sen seunit

(iii) Topeng muka (pembedahan/perubatan) 3 lapisan (gelung telinga/gelung kepala)
Harga Borong RM 25.00 sekotak, Harga Runcit RM 0.80 sen seunit

(iv) Topeng muka (pembedahan/ perubatan) 3 lapisan (ikatan pada kepala)
Harga Borong RM 30.00 sekotak, Harga Runcit RM 0.80 sen seunit

(v)Topeng muka (pembedahan / perubatan) N95
Harga Borong RM 100.00 sekotak, Harga Runcit RM 6.00 seunit

Kelima- lima jenis topeng muka yang dikawal harganya secara perundangan ini adalah di bawah peruntukan Akta yang sama.


HUKUMAN MENANTI

Sebarang perlanggaran di bawah peruntukan Akta ini bagi kesemua jenis topeng muka yang dinyatakan tersebut boleh dikenakan tindakan undang- undang seperti berikut:

1) Indidividu: boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000.00 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.00; dan

2) Syarikat : boleh didenda sehinga RM500,000.00 atau dikompaun sehingga RM250,000.00


TOPENG SELAIN JENIS DI ATAS

Perlu diingatkan juga, bagi jenis topeng muka selain daripada 5 jenis yang ditetapkan harga maksimumnya seperti di atas, Kementerian masih mempunyai kuasa mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (bagi sebarang perlakuan menaikkan harga borong atau runcit topeng muka secara tidak munasabah).


SALURKAN ADUAN ANDA KE:

Jika anda ada mengetahui mana-mana individu atau mana-mana pihak yang menjual harga yahudi mabuk todi, silalah membuat aduan melalui cara di bawah:

1. Membuat aduan secara online di https://eaduan.kpdnhep.gov.my


2. Memuat turun Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDNKK di:

Google Play

App Store


3. Talian Hotline Aduan 1-800-886-800

Pengadu hendaklah menyediakan maklumat-maklumat berikut semasa membuat aduan secara talian hotline untuk kemudahan komunikasi bagi tujuan penyiasatan.

  • No Kad Pengenalan
  • Nama Penuh
  • No. Telefon
  • Email Pengadu (jika ada)
  • Nama Premis Pengadu
  • Alamat Premis
  • Keterangan Aduan
  • Dan beberapa maklumat yang diperlukan mengikut kategori aduan yang dikemukakan.


4. Hadir sendiri ke mana-mana pejabat / cawangan KPDNKK yang berhampiran



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menjalankan pemantauan berterusan dengan mengarahkan pegawai-pegawai Penguatkuasa seramai 2300 orang untuk membuat pemeriksaan seluruh negara sejak 25 Januari 2020 yang lalu dan mengambil tindakan tegas terhadap manamana pihak yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga topeng muka secara tidak munasabah. Tindakan tegas ini berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Pihak Kementerian memohon kerjasama dan perhatian pihak yang terlibat dalam pembekalan dan penjualan topeng muka agar membuat urus niaga secara berhemah dan mematuhi peruntukan harga maksimum topeng muka yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.


FAQ SEKTOR PERUNCITAN MENGENAI PERINTAH KAWALAN

1. Adakah operasi pusat pengedaran (DC) di benarkan beroperasi seperti biasa?
Operasi pusat pengedaran (DC) yang melibatkan bekalan barangan keperluan (essential daily needs) dan makanan merangkumi e-commerce warehouse, dan supporting warehousing services adalah di benarkan untuk terus beroperasi.


2. Adakah restoran, seksyen Ready to Eat (RTE) / bakeri di benarkan operasi?
Restoran, RTE / bakeri boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja dan pandu lalu (take away dan drivethru) atau melalui perkhidmatan penghantaran (delivery) oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda. Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan.


3. Bagaimana dengan operasi food court dan tenant yang beroperasi di dalam hypermarket?
Operasi food court boleh di buka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda. Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan. Hanya tenant yang beroperasi di dalam industri farmasi klinikal sahaja dibenarkan untuk terus beroperasi di dalam hypermarket.


4. Bagaimana operasi peruncitan di dalam shopping mall seperti anchor tenant?
Operasi peruncitan (makanan dan barangan keperluan harian sahaja) di shoping mall boleh diteruskan atas rundingan antara penyewa dan pemilik premis.


5. Bagaimana operasi kedai makan / kedai runcit / kedai serbaneka dalam specialty store?
Kedai makan / kedai runcit / kedai serbaneka dalam specialty store sahaja dibenarkan beroperasi seperti biasa tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat seperti Grab Food atau Food Panda. Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan.


6. Adakah operasi ibu pejabat syarikat peruncitan di benarkan beroperasi?
Ibu pejabat syarikat peruncitan adalah dibenarkan untuk terus beroperasi seperti biasa. Namun, pihak pengurusan syarikat perlu mengenal pasti sektor / bahagian / unit yang perlu diklasifikasikan sebagai essential services untuk hadir bekerja di premis ibu pejabat. Manakala, bagi sektor / bahagian / unit non-essential services adalah perlu mengambil langkah work from home.


7. Adakah Kementerian akan mengeluarkan kenyataan bagi menghadkan pembelian setiap pengguna?
Kementerian menggalakkan pihak pasaraya melakukan kawalan kendiri bagi menangani pembelian barangan makanan dan keperluan harian dengan jumlah yang tidak munasabah oleh pengguna.


8. Bagaimana operasi departmental store yang mempunyai supermarket dan barangan kelengkapan rumah/fesyen/food court?
Hanya bahagian supermarket yang menjual barang makanan dan barangan keperluan harian yang dibenarkan untuk beroperasi di departmental store.


9. Adakah perkhidmatan dobi layan diri boleh diteruskan?
Dobi layan diri tidak boleh beroperasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul.


10. Adakah perkhidmatan kawalan keselamatan (security guard) di pasaraya masih boleh diteruskan?
Perkhidmatan yang berkaitan dengan keselamatan boleh diteruskan.


11. Adakah perkhidmatan e-commerce dianggap sebagai essential services ?
Ya


12. Adakah pembelian atas talian, penghantaran dan pemasangan di rumah pelanggan dibenarkan?
Ya


13. Adakah pusat panggilan perkhidmatan pelanggan dibenarkan untuk beroperasi?
Ya


14. Adakah kerja-kerja pengubahsuaian premis perniagaan boleh diteruskan?
Bagi kerja-kerja pengubahsuaian yang sedang berjalan adalah perlu ditangguhkan. Sekiranya terdapat isu-isu keselamatan, pihak syarikat perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Pembanguan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk kerja pengubahsuaian diteruskan.


15. Adakah penghantar barangan non-food seperti lampin pad sanitari dikira sebagai essential item?
Ya.


16. Jika semua shopping mall ditutup. Adakah kedai di lapangan terbang turut terlibat?
Hanya tenant yang beroperasi di dalam industri farmasi klinikal, pasaraya, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian sahaja dibenarkan untuk terus beroperasi di dalam lapangan terbang. Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan.


17. Adakah third party service providers dibenarkan beroperasi bagi membantu operasi dan rantaian bekalan kerana ini adalah kritikal dalam kelangsungan perniagaan?
Perkhidmatan yang akan memberi impak secara langsung kepada keselamatan dan bekalan adalah dibenarkan. Pengguna dan juga third party perlu mengambil kira faktor kesihatan dengan cara memakai topeng muka dan hand sanitizer


18. Adakah syarikat pengumpulan sampah di premis pasaraya / kedai serbaneka / kedai runcit dibenarkan beroperasi?
Ya


19. Adakah kuota beras, gula, minyak dan tepung boleh disimpan melebihi kuota lesen yang diberikan?
Syarikat hendaklah mematuhi sebarang kuota lesen yang telah dikeluarkan oleh mana-mana agensi kawal selia. Bagaimanapun, perkara ini boleh dipertimbangkan berdasarkan case to case basis.


20. Adakah operasi pasar malam dan pasar tani dibenarkan beroperasi?
Tidak


Topeng Muka Harga Yahudi?? Laporkan Ke KPNKHEP [Senarai Harga Sepatutnya Di Sini] Topeng Muka Harga Yahudi?? Laporkan Ke KPNKHEP [Senarai Harga Sepatutnya Di Sini] Reviewed by tkay on Thursday, March 19, 2020 Rating: 5

No comments